Koperasi bersama

10 Keistimewaan orang berpuasa.

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang diberi nama Al-Rayyan. Pintu syurga Al-Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa
Kedua, Allah telah meletak fungsi puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kukuh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasulullah bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari seksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Rasul menambahkan pula bahawa puasa berfungsi sebagai perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan penipuan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah)
Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak kasturi. Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau minyak kasturi,
Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa iaitu bahagia waktu berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Iaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadis riwayat imam Muslim,
Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesihatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. “Berpuasalah kalian, nescaya anda akan sihat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim)
Keenam, keutamaan yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari seksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat arakan api neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i)


Ketujuh, dalam Al-Quran Allah berfirman, "(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas- batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)" (At Taubah: 112)
Kelapan, berpuasa Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifiti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan dia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadis riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya)
Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri walau dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan walau hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la)
Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan berselawat (memintakan ampunan) baginya. Cafe Bisnis Online

Tidak ada komentar: